09 Mac 2017

Ayam Dong Tao




Ayam Dong Tao adalah jenis ayam langka yang memiliki keunikan pada kakinya.

Ayam yang dijuluki kaki ‘gajah’ ini beratnya bolej mencapai hingga enam kilogram.

Dong Tao merupakan jenis ayam yang sangat populer di Vietnam.

09 Februari 2017

Ayam Cemani



Fakta
- Berasal dari Indonesia.
- warnanya hitam 100% seluruh tubuh.
- digunakan untuk ritual yang aneh-aneh.
- berwarna hitam legam karena adanya kondisi genetik unik disebut fibromelanosis.
- telur tidak hitam. Telur dari ayam cemani mempunyai bentuk dan warna yang sama dengan telur pada umumny. Apabila embrio ayam cemani ini muncul, barulah warna hitam juga muncul.

25 November 2016

3 Sikap Mesti Diamalkan Jika Nak Jadi Usahawan Ayam


Berikut adalah 3 sikap yang mesti dan perlu anda praktikkan jika anda berhajat nak jadi usahawan penternak ayam, yang berjaya.

1) Jadilah  yang banyak memberi dan berkongsi. Jangan kedekut.
Anda boleh memberi atau berkongsi apa sahaja pengalaman atau ilmu menternak ayam seperti teknik yang betul membuat reban, teknik yang betul merawat ayam yang berpenyakit dan teknik yang betul untuk memasarkan ayam. Tambahan pula di luar sana masih ramai lagi orang yang menternak ayam dengan teknik yang salah. Yang mana banyak berakhir dengan kerugian seperti banyak ayam yang mati dan sebagainya.

Kerana semakin banyak anda memberi atau berkongsi sesuatu yang baik dengan orang lain maka semakin banyak keberkatan dalam rezeki anda.

2) Berkawan dengan hampir semua penternak lain. Jangan sombong.
Akan sampai satu tahap di mana kita akan rasa sudah cukup ilmu pengalaman atau rasa sudah kukuh dari segi kewangan dan rasa sudah ramai kenalan. Maka ketika itu kita rasa tidak perlu lagi berkawan dengan peminat atau penternak ayam yang baru dan kita mula menghadkan untuk bergaul dengan mereka.

Hal ini akan merugikan anda sendiri kerana secara tak langsung anda telah menutup jalan-jalan rezeki yang akan masuk kepada anda. Sedangkan rezeki bergerak dari semua tangan-tangan orang lain sebelum sampai ke tangan anda.

Oleh itu berkawanlah dengan semua orang.

3) Mesti berani gagal.
Sudah lumrah sesuatu yang baru dibuat akan banyak menemui kegagalan. Kepada yang yang baru nak belajar menternak ayam biasanya anda akan merasai banyak kegagalan seperti ayam dijangkiti penyakit, ayam banyak yang mati, kos ubatan dan makanan meningkat tetapi hasil jualan pula tidak berbaloi dan sebagainya.

Ini adalah biasa. Namun begitu, semua kegagalan itu adalah satu cara untuk anda mengutip ilmu dan melakukan penambahbaikkan  anda di dalam perjalanan untuk menjadi penternak yang berdayamaju di masa akan datang.

Yang penting anda jangan cepat putus-asa. Anda mesti berani mengharungi kerenah semasa berjalan untuk menjadi penternak yang berjaya.

Dan ingatlah, bukan anda sorang sahaja yang pernah gagal, orang lain pun pernah begitu.

Yang Benar
Sabri Ibrahim
#sabri69